“Kuat Dan Tabah, Itulah Sifat Yang Ada Padamu…” – Foto Fazura Peluk Erat Fatima Jadi Tumpuan

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 5:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Nur Fazura hari ini menjadi tumpuan warga maya terutama sekali peminatnya susulan aktres itu dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada hari ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram @fattzuralovelife, aktres itu dilihat memuat naik foto memaparkan dia memeluk erat anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

image is not available

Foto yang disunting menjadi hitam putih ternyata meruntun hati sesiapa sahaja yang melihatnya di samping kapsyen berbaur sedih dan juga harapan terhadap anak perempuannya itu.

Kuat dan tabah. Itulah sifat yang ada padamu apabila dewasa nanti.

Berita tuntutan perceraian itu menjadi sensasi kerana ia dilakukan sehari sebelum tarikh lahir pelakon Fattah.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, pasangan itu menafikan hubungan rumah tangga mereka retak menanti belah setelah netizen seperti ‘menghidu’ seperti sesuatu yang tidak kena dalam perkahwinan mereka.

Fazura dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam setelah hampir 7 tahun bernikah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

Status Rumah Tangga Sudah Retak Terjawab, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin