Fazura Titip Pesanan Buat Fatima Aisya – “Kuat Dan Tabah...”

13 Sep 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktres Nur Fazura menitipkan pesanan buat anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 3.

Titip Pesanan Buat Fatima 

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) milik anaknya,@fattzuralovelife telah memuat naik foto yang memaparkan Fazura bersama Fatima berpelukan.

Foto yang dimuat naik tersebut turut disunting menjadi hitam putih.

“#MasyaAllahTabarakallah. Kuat dan tabah. Itulah cara awak membesar.” tulis akaun tersebut.

Pada Jumaat, Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.

Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.

Pasangan selebriti yang dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, itu berkahwin pada 2017.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved