“Kuat mengusik” – Gelagat Tengku Hassanal Tarik Perhatian Ketika Istiadat Akad Nikah Tengku Muhammad

Entertainment
25 Oct 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sama cantik sama padan, bagai pinang di belah dua…

Malam semalam, telah berlangsungnya Majlis Istiadat Akad Nikah putera Sultan Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan.

Pasangan diraja ini telah selamat diijabkabulkan pada pukul 8.50 malam, sambil disaksikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut berangkat bersama adalah paduka-paduka anakanda yang mengenakan persalinan rona hijau.

Gelagat Tengku Hassanal merenjis curi perhatian

Sejurus selesai akad nikah, Pengantin Putera Diraja diiringi untuk menunaikan solat sunat sebelum pengantin dibawa masuk ke Balai Mahkota untuk upacara penyerahan mas kahwin dan menyarung cincin.

Upacara kemudian diteruskan dengan Istiadat Merenjis dimulakan dengan oleh Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah dan Tengku Hassanal.

Gelagat Tengku Hassanal yang menyusun begitu banyak bunga rampai di atas tangan pengantin telah menarik perhatian netizen dan ramai memuji sikap kekanda kepada Tengku Muhammad itu yang suka mengusik adindanya.

image is not available

Upacara Perkahwinan Diraja ini akan diteruskan pada hari ini (Jumaat) di mana akan diadakan Istiadat Berinai bagi pasangan diraja ini dan Istiadat Persandingan akan diadakan pada Ahad ini.

Kemudian pada 28 Oktober nanti akan diadakan Istiadat Santap Nasi Adap-Adapan dan Istiadat Bersiram yang juga akan dilangsungkan di Istana Abdulaziz sebelum Istiadat Menutup Kerja dengan acara menurunkan Bendera Istiadat Menutup Kerja diikuti dengan 16 das tembakan meriam.

image is not available

image is not available

Kesemua istiadat ini akan disiarkan secara langsung pada dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Dataran Bandar Diraja Pekan.

Selamat Pengantin Baru Tengku Muhammad dan Tengku Natasya! Moga bahagia hingga ke anak cucu. Amin!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.