“Kuatnya..” – Berkali-Kali Peluk Erat, Ahli ‘Running Man’ Perli Kemesraan Song Jihyo & Kim Jongkook

Music
24 Mar 2024 • 8:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ahli “Running Man” sendiri pun tak tahan melihat keakraban Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook?

Dalam episod kali ini, kesemua ahli bersama tetamu jemputan iaitu Jonathan, Hayoung APINK dan Ma Seon-ho telah menyertai ‘Perlawanan Futsal Pertama Running’ di mana dua pasukan dibahagi bawah jurulatih Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook.

Sejak di awal permainan, Song Ji-hyo dan Jonathan telah memaparkan persaingan sengit. Semasa lelaki itu merampas bola dari pelakon berkenaan, marah Kim Jong-kook,

Kenapa Jonathan begitu? Badan awak (Song Ji-hyo) okay tak?

image is not available

Ketika Song Ji-hyo jatuh sekali lagi selepas terselit kaki Jonathan, lelaki berbadan sasa itu berseloroh,

Inikah balasan kerana bolanya dirampas.

Strategi Kim Jong-kook yang menempatkan Song Ji-hyo di barisan hadapan sedari awal permainan nyata membuahkan hasil apabila wanita itu berjaya menjaringkan gol terbanyak buat pasukannya. Selepas menjaringkan gol pertama, wanita tersebut terus mengimbas memori adegan Park Ji-sung bersama jurulatih Hiddink semasa Piala Dunia 2022 apabila dia melompat dan memeluk erat Kim Jong-kook.

image is not available

Selepas jaringan ketiga, wanita itu berlari ke arah Kim Jong-kook sekali lagi dan melakukan sambutan kemenangan dengan pelukan yang kuat. Ahli-ahli lain yang menyaksikan situasi itu berkata,

Awak peluknya terlalu kuat. Sejauh mana awak akan mengangkatnya (Song Ji-hyo).

Seronok tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved