“Dah Lengkap” – Kesemua Ahli Mahu Kim Donghyun & Hong Jinho Jadi Ahli Tetap ‘Running Man’

Music
26 Feb 2024 • 11:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Adakah “Running Man” akan menambah ahli baru tak lama lagi?

Dalam epsiod terbaru rancangan ini, ianya telah disertai oleh Hong Jin-ho dan Kim Dong-hyun bersama tiga anggota LE SSERAFIM iaitu Chae-won, Sakura dan Kazuha.

Di awal episod, Hong Jin-ho sempat memberikan kad jemputan perkahwinan yang hanya tinggal beberapa keping sahaja buat ahli program itu. Seloroh Kim Dong-hyun,

Siapa yang menulis nombor akaun dengan tangan di kad jemputan macam ni?

Hong Jin-ho mempertahankan dirinya,

Saya tak rasa semua akan datang, jadi saya menulisnya dengan tangan, Maksud saya, hanya untuk mengucapkan tahniah.

image is not available

Ji Suk-jin kemudian mengalu-alukan kedatangan mereka berdua,

Anehnya, bila mereka datang, ahli ‘Running Man’ terasa lengkap.

Ucap Yoo Jae-suk dengan nada kasih sayang,

Kita yang membesarkan Kim Bong (nama sebenar Kim Dong-hyun) dan Hong Jin-ho dalam ‘Running Man’.

Dalam pada itu, Kim Dong-hyun dan Hong Jin-ho sudah muncul beberapa kali dalam “Running Man” selepas Jeon So-min meninggalkan rancangan itu. Ahli lain turut berpuas hati dengan penyertaan mereka selain beberapa kali bertanya jika mereka ada keinginan untuk menyertai mereka sebagai ahli tetap.

Korang setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.