Kubur Penyanyi Glenn Fredly Terbakar Gara-Gara Lilin Dari Peminat

25 Aug 2024 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly telah meninggal dunia pada 8 April 2020.

Sejak kematiannya, peminat yang cukup menghargai bakat pelantun Akhir Cerita Cinta dan Januari ini tidak berhenti memberi penghormatan terhadap mendiang.

Ramai yang datang menziarah kubur Glenn di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Tanah Kusir, Bintaro, Jakarta Selatan.

Meski bersyukur kerana sosok mantan suaminya itu terus diingati, Mutia Ayu mendedahkan sikap segelintir peminat atau penziarah yang datang ke kubur Glenn membuat dia sedih.

Hal itu lantaran rumput pada beberapa bahagian kubur Glenn telah terbakar dengan teruk kerana terkena lilin yang dibawa dan ditinggalkan di atasnya.

“Sayang sangat kenapa sampai terjadi seperti ini?

“Ya mungkin ini bukan kebakaran besar tapi tetap ada rumput yang terbakar. Rosak juga jadinya makam Glenn,” keluh Mutia Ayu seperti dilaporkan Detik.com.

Melihat kepada rumput dan tanaman di atas kubur Glenn terbakar, ibu satu anak itu meminta penjaga kubur untuk membaikinya. Rumput dipotong lebih pendek agar boleh tumbuh yang baharu.

“Jadi kita ratakan rumput dan perbaikinya. Sekarang sudah mula tumbuh rumput yang baru,” katanya lagi.

Mutia Ayu mengaku dia kerap menziarah ke kubur Glenn terutama pada tarikh penting untuk mereka.