Kubur Semakin Penuh, JAIS Teliti Cadangan Kubur Bertingkat

LocalEntertainment
5 Oct 2024 • 4:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isu tanah perkuburan yang mulai penuh mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pihak JAIS kini sedang meneliti pelaksanaan kubur bertingkat bagi membendung perkara ini.

image is not available

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata kepada Sinar Harian semalam mengenai perkara ini.

“JAIS akan syorkan beberapa cara perlaksanaan kepada kerajaan negeri Selangor”

Perkara ini mula menjadi perbincangan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Syed Ahmad memaklumkan semua tanah perkuburan di Ampang telah penuh kecuali di Ukay Perdana.

image is not available
Gambar hiasan

Syed Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Altimet memberitahu secara puratanya berlaku lima hingga tujuh pengebumian jenazah di tanah perkuburan di Ampang setiap hari.

Beliau juga mencadangkan kaedah kubur bertingkat untuk dikaji dan dilaksanakan di Selangor.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.