Ketika isu kelewatan pengebumian jenazah sedang hangat diperkatakan, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilaluinya sendiri.
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu mendakwa pernah berdepan situasi hampir sama ketika menguruskan pengebumian arwah anak sulungnya yang meninggal dunia pada Oktober tahun lalu.
Advertisement
Menurutnya, jenazah anaknya terlebih dahulu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat sekitar jam 9 pagi.
Proses itu katanya selesai kira-kira jam 2 petang, sebelum jenazah diambil oleh pasukan UKVJ untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan bersama pelajar tahfiz Pertubuhan Nur Kasih.
Wanita tersebut mendakwa jenazah kemudian bergerak dari Klang sekitar jam 5 petang dan dijangka tiba di Tanah Perkuburan Ukay Perdana sekitar jam 6.05 hingga 6.10 petang.


Bagaimanapun, dia mendakwa pihak kubur memaklumkan urusan pengebumian tidak boleh dilakukan selepas jam 6 petang kerana kawasan perkuburan sudah ditutup.
Lebih menyedihkan, menurut wanita itu, jenazah anaknya sudah pun tiba di tepi kubur, namun penggali kubur memaklumkan pihak MPAJ tidak membenarkan pengebumian diteruskan.
Dia turut mendakwa terpaksa membayar lebih kepada penggali kubur supaya jenazah anaknya tetap dapat dikebumikan pada hari sama.
Keadaan ketika itu, dakwanya, sangat menyedihkan apabila ahli keluarga serta rakan-rakan arwah anaknya sudah berada di tanah perkuburan dan menangis melihat situasi yang berlaku.
Dalam hantaran susulan, wanita berkenaan turut menitipkan Al-Fatihah buat arwah anaknya yang dikenali sebagai Muhammad Anis bin Mohd Najib.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(VIDEO) "Kenapalah Pihak JAIS, Masjid...Saya Nak Solat Cucu Sendiri Pun Tak Boleh..." - Waris Nafi Palsu Borang Kebumi Jenazah
The post “Kubur Tutup Pukul 6, Tak Boleh Tanam” – Wanita Kongsi Pengalaman Sama, Jenazah Anak Dihalang Untuk Dikebumikan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





