Kuching Marathon 2026 batal, ribuan peserta hampa

25 Sep 2026 • 6:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kuching Marathon 2026 batal, ribuan peserta hampa

PETALING JAYA: Hasrat ribuan peserta untuk menamatkan larian Kuching Marathon 2026 pada Ahad ini berkubur apabila penganjur mengumumkan pembatalan acara itu susulan keadaan jerebu yang melanda Kuching dan kawasan sekitarnya.

Keputusan itu sekali gus menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peserta yang sudah membuat persiapan, termasuk menjalani latihan berbulan-bulan serta membuat persiapan perjalanan bagi menyertai acara berkenaan.

Penganjur, Kuching Marathon Association (KMA) dalam kenyataan memaklumkan keputusan membatalkan acara yang dijadualkan berlangsung pada 27 September itu dibuat selepas mengambil kira keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan petunjuk alam sekitar lain.

Menurutnya, pihak penganjur sentiasa memantau keadaan jerebu sejak awal bulan ini selain mendapatkan pandangan pihak berkuasa berkaitan dan penasihat perubatan.

“Kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk peserta, petugas, sukarelawan, pegawai, pasukan perubatan dan orang awam perlu diberi keutamaan,” menurut kenyataan itu.

KMA bagaimanapun memaklumkan semua peserta yang sudah berdaftar masih boleh mendapatkan pingat penamat dan baju penamat bermula esok.

Jadual serta arahan pengambilan akan diumumkan menerusi platform media sosial rasmi penganjur hari ini.

KMA turut memohon maaf atas kekecewaan yang timbul dan menghargai kefahaman, kesabaran serta sokongan peserta terhadap keputusan berkenaan. – UTUSAN

The post Kuching Marathon 2026 batal, ribuan peserta hampa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved