Kucing, anjing, burung ditemui mati di Bukit Bendera, dipercayai diracun

6 Jul 2025 • 6:57 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengesan beberapa kes meracun haiwan dengan sengaja di Bukit Bendera, Pulau Pinang, dengan antara mangsa ialah anjing, kucing dan burung.

Dalam kenyataannya, PBBPP berkata, binatang tersebut ditemui mati dipercayai termakan makanan beracun di atas bukit berkenaan.

Tindakan kejam ini, katanya, adalah tidak berperikemanusiaan selain mencetuskan risiko serius kepada ekosistem, keselamatan awam dan imej Bukit Bendera.

“Menggunakan racun untuk menghapuskan haiwan terbiar tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan dan boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan penjara sehingga 3 tahun dan/atau dengan denda,’’ katanya.

Berikutan itu orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, PBBPP turut memuatnaik beberapa gambar menunjukkan anjing dan burung yang mati dipercayai akibat diracun. - 6 Julai, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved