Kucing 'buat hal', bomba kena buka pintu

1 Sep 2026 • 5:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kucing 'buat hal', bomba kena buka pintu
Tindakan seekor kucing yang dipercayai menekan butang kunci pintu menyebabkan haiwan itu terperangkap di dalam sebuah kereta sebelum pemiliknya mendapatkan bantuan bomba, semalam.

KUALA LIPIS – Tindakan seekor kucing yang dipercayai menekan butang kunci pintu menyebabkan haiwan itu terperangkap di dalam sebuah kereta sebelum pemiliknya mendapatkan bantuan bomba, pada Isnin.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dikerahkan ke lokasi selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Kejadian itu disedari pemilik kenderaan apabila mendapati pintu keretanya terkunci dari bahagian dalam, sekali gus menyebabkan kucing berkenaan tidak dapat dikeluarkan.

Hasil pemeriksaan awal anggota bomba mendapati kucing terbabit dipercayai secara tidak sengaja memijak atau menekan butang kunci pintu ketika berada di dalam kenderaan.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Kuala Lipis kemudian menggunakan peralatan khas penyelamatan serta teknik bersesuaian untuk membuka pintu kenderaan tanpa menjejaskan keselamatan haiwan berkenaan.

Operasi itu berjaya dilaksanakan dengan lancar dan kucing tersebut dikeluarkan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan semula kepada pemiliknya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved