Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api 

8 Jan 2026 • 4:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kucing Calico Yontama Dilantik Sebagai Ketua Stesen Kereta Api 

WAKAYAMA  — Seekor kucing bercorak tiga warna (calico) bernama Yontama mencuri perhatian ramai selepas dilantik sebagai ketua stesen kucing ketiga bagi sebuah stesen kereta api tempatan di Jepun, lapor Kyodo News.

Pelantikan Yontama dilakukan dalam satu majlis di Stesen Kishi di Laluan Kishigawa milik Wakayama Electric Railway Co, sebuah syarikat kereta api tempatan.

Presiden Wakayama Electric Railway, Kojima Mitsunobu menyarungkan pingat berukir gelaran ketua stesen kepada Yontama, yang disambut tepukan orang ramai di hadapan bangunan stesen di Kinokawa itu.

Difahamkan, pelantikan kucing berkenaan merupakan tradisi hampir dua dekad di stesen berkenaan.

image is not available
Gambar: Bernama

Ia merupakan salah satu inisiatif  syarikat kereta api berkenaan dalam meningkatkan kehadiran pelancong selain mengelakkan berdepan krisis kewangan.

Sebelum pelantikan Yontama, jawatan itu dipegang oleh kucing bernama Nitama. Namun, kucing berkenaan meninggal dunia pada November tahun lalu dan dinamakan sebagai ketua stesen kehormat.

Unuk makluman, Laluan Kishigawa mula menarik perhatian seluruh negara selepas melantik seekor kucing bernama Tama sebagai ketua stesen kucing pertama pada tahun 2007.

Langkah ini kemudiannya mencetuskan trend di mana laluan kereta api tempatan lain yang berdepan kesukaran turut melantik kucing, anjing, arnab dan haiwan lain sebagai ketua stesen di seluruh Jepun.