Kucing Mati Putus Kaki, Perut Terbelah Di UM Bukan Akibat Didera

18 Dec 2024 • 5:46 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kes dua ekor kucing ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Universiti Malaya (UM) yang disangkakan akibat didera oleh manusia, disahkan maut akibat serangan anjing liar.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya menerima laporan kejadian di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, itu pada petang Selasa.


“Pihak polis ada menerima laporan berhubung kejadian dan susulan itu, siasatan lanjut mendapati kematian kucing berkenaan akibat diserang anjing liar di kawasan itu.


“Laporan polis ini juga telah dirujuk kepada Jabatan Veterinar serta pengurusan Universiti Malaya bagi tindakan susulan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.


Terdahulu, satu hantaran di media sosial tular berkenaan dua kucing ditemui dalam keadaan mengerikan apabila keempat-empat kaki kelihatan seperti dipotong dan perutnya dibelah di kawasan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM.


Susulan itu, Kesatuan Pelajar UM Fakulti Perniagaan dan Ekonomi (KMUM FPE) membuat laporan polis dan menggesa pengurusan kampus mengambil serius perkara itu.

Sumber: Astro AWANI 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved