“Kucing Ni Di Tangan Orang Baik” – Aksi Pemuda Gigih Selamatkan Si Bulus Tersadai Di MRR2 Raih Pujian [Video]

28 Aug 2025 • 5:38 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu


Tidak sama seperti haiwan peliharaan di rumah, kadangkala haiwan jalanan terpaksa menempuh pelbagai cabaran untuk hidup dengan sumber makanan yang terhad dan tempat tinggal kurang selamat.

Ada yang berteduh di bawah longkang kotor, atau juga segelintir kucing dan anjing terbiar yang duduk di rumah kosong tanpa penghuni.

Namun apa yang lebih menghibakan apabila ada sesetengah haiwan tersesat di tempat bahaya selepas dihalau atau dibuang penjaganya terdahulu.

Lelaki Gigih Selamatkan Anak Kucing Di Lebuh Raya

Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Aiman Danial berkongsi satu situasi yang berlaku semasa berada di atas Lebuhraya MRR2 (Jalan Lingkaran Tengah 2).

Menurut Aiman, dia terlihat seekor anak kucing duduk bersendirian di tepi lebuh raya berkenaan. Menerusi klip video, anda boleh lihat ia sedang duduk dalam ketakutan kerana kenderaan yang memandu laju di sekelilingnya.

Bagaimanapun, Aiman tidak sempat memberhentikan keretanya untuk mengambil anak bulus tersebut.

Perkara itu tidak menjadi penghalang buat pemuda untuk melakukan pusingan U (U-turn) bagi mendapatkan kucing berkenaan. Pada awalnya, Aiman berkata dia tidak melihat kelibat si bulus selepas kembali ke jalan terbabit.

Lelaki Bawa Kucing Ke Vet Untuk Dapatkan Rawatan

Namun selepas seketika mencari, lelaki tersebut akhirnya menjumpai kucing itu dalam keadaan yang lemah.

“Mula-mula tak jumpa, tapi hati kuat kata teruskan mencari. Akhirnya ternampak anak kucing ni lemah di tepi jalan. Terus bawa ke vet. Alhamdulillah, tiada virus, cuma cedera ringan sahaja. Moga cepat sembuh dan dapat jumpa dengan abangnya, Margiela (kucing peliharaan Aiman di rumah),” kata lelaki itu.

image is not available
Sumber: Threads (aimandvnial)

Selepas diberi makan dan minum susu, kucing berkenaan dilihat sedikit tenang ketika berehat di dalam sebuah kotak disediakan Aiman.

Dia dalam masa memberi nama Stella buat anak bulus diselamatkan itu. Syukur kepada Allah SWT, kucing ini mendapat tuan yang baik.

Orang Ramai Kagum & Puji Kesungguhan Lelaki Selamatkan Anak Kucing

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji tindakan pantas Aiman kerana menjadi hero bagi menyelamatkan haiwan comel itu.

“Terima kasih orang baik! Permulaan yang baik untuk hari saya lepas baca tentang kebaikan orang lain. Saya dan suami pun setiap kali lalu MRR2 mesti terjumpa anak kucing,” kata seorang pengguna Threads.

“Semoga Tuhan merahmati. Kita perlukan ramai lagi orang macam kau. Sebab kebiasaannya orang akan ambil gambar atau video kemudian muat naik online dan cakap, ‘Sesiapa tolong selamatkan kucing tu’,” tambah seorang lagi warganet.

Malah ada juga segelintir individu yang tertanya bagaimana anak kucing tersebut berada di atas lebuh raya bersendirian.

“Saya musykil macam mana dia boleh ada dekat situ! Mesti ada orang yang buang. Saya harap ramai lagi orang macam awak. Terima kasih sebab selamatkan Stella,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada juga individu yang berkata terdapat banyak lagi kucing lain berada di kawasan MRR2.

“Ya kawasan situ selalu ada banyak kucing atau anak kucing tepi highway macam ni, Terima kasih sebab selamatkan anak kucing ni. Saya pun ada selamatkan satu dari sana beberapa minggu lalu dan sekarang dah umur satu bulan. Perut dah buncit asyik duduk makan je,” kongsi seorang netizen.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available
Sumber: Threads (aimandvnial)

Lelaki Selamatkan Anak Kucing Terjatuh Dalam Perigi

Sebenarnya ramai sahaja di kalangan masyarakat di luar sana yang prihatin dengan nasib haiwan jalanan. Seperti tahun lalu, seorang lelaki bertindak menyelamatkan kucing terjatuh ke dalam dalam sebuah perigi yang gelap gelita.

Menerusi video perkongsian, kelihatan si bulus sedang mengiau dengan kuat tanpa henti seolah-olah sedang meminta bantuan sesiapa di kawasan sekitar.

Menyedari perkara tersebut, lelaki itu dengan pantas mengikat seutas tali pada sebuah bakul kosong. Bakul terbabit kemudian diturunkan secara perlahan-lahan ke dalam perigi. Tidak lama selepas itu, si bulus dilihat memasuki bakul yang disediakan.

Tanpa membuang masa, lelaki berkenaan mengangkat bakul secara perlahan-lahan bagi menyelamatkan si comel itu.

Source: