Kucing Panjat Badan Ketika Solat, Imam Tarawih Ini Dipuji Kerana Tetap Tenang

Entertainment
8 Apr 2023 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seorang imam tarawih di sebuah masjid di Algeria telah mencuri perhatian netizen di seluruh dunia kerana beliau dipuji tetap tenang dan tak berganjak ketika mengimamkan solat walaupun seekor kucing tiba-tiba melompat ke atas badannya, lapor Mothership.sg.

Video gelagat si bulus ketika jemaah sedang solat tarawih itu tular di Facebook setelah dikongsikan di platform media sosial itu beberapa hari lepas.

Korang boleh tonton video penuh berkenaan di sini.

Dalam video yang berdurasi selama 2 minit 22 saat itu, kucing itu pada mulanya dilihat hanya berkeliaran di samping imam.

image is not available

Namun, ia tiba-tiba melompat ke atas badan imam, dan imam tersebut pula dilihat tetap tenang meskipun beliau ‘diganggu’ oleh si bulus berkenaan.

Beliau tidak berganjak dan hanya membelai kucing itu dengan sebelah tangannya sebelum kucing itu memanjat ke atas bahunya pula.

image is not available

Kucing itu juga turut mengelus-ngelus badannya ke pipi imam berkenaan. Alahai comel je dia, agaknya nak solat berjemaah jugak kot.

Setelah beberapa ketika, kucing itu akhirnya turun daripada bahu imam dan mendekati jemaah lain pula.

image is not available

Rata-rata warganet memuji sikap imam solat tarawih itu kerana tenang dalam menghadapi situasi seperti itu.

Sumber: Facebook

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.