“Kucing tu nampak takut” – Tindakan Wanita Ini Undur Kereta Untuk Keluarkan Kucing Undang Kecaman

Entertainment
2 Apr 2023 • 2:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, cuaca tidak menentu. Kadang-kadang panas dan tak kurang juga tiba-tiba hujan lebat sampai air bertakung. Selain kita yang memerlukan tempat berlindung, kucing juga perlu mencari tempat berlindung dari panas dan hujan. Antara tempat yang kucing akan berlindung adalah dibawah kereta.

Cakap pasal kucing berlindung bawah kereta ni, min nak kongsi dengan korang satu video yang menerima kecaman hebat oleh netizen terutamanya pecinta kucing.

Semuanya kerana tindakan seorang wanita yang mengundur kereta semata-mata untuk mengeluarkan kucing yang berlindung dicelah tayar keretanya. Korang boleh tengok video @AsyrafRosli_ kat bawah dan kongsi pandangan korang.

 

Kucing tu nampak takut

Ramai yang percaya individu dalam video di atas tak mahu keluarkan kucing hanya sebab tak mahu basah. Min pun tak pasti lah cerita sebenarnya macam mana, tapi min risau je tengok kucing tu. Takut tersilap langkah habis kena lenyek.

image is not availableItu yang min fikir juga bila tengok video ni. Kucing tu nampak takut. Ish seram je kalau tersalah step. Nasib baik kucing tu berjaya selamatkan diri walaupun basah-basah.

image is not availableKalau tinjau bahagian komen dari video asal, ramai yang kecam dan tak kurang juga menggunakan bahasa yang ‘indah-indah’. Min malas nak share, nanti kurang pahala puasa pulak.

image is not available image is not availableBetul, kalau basah boleh kering. Kalau kucing tu mati kena lenyek dah tak boleh buat apa dah. Sikit je air tu, nyawa kucing yang tak bersalah tu lagi penting tau.

image is not availableItu lah kan, last-last kucing tu elok je turun sendiri. Kesian dia, walaupun kita tahu kucing tak suka air, tapi demi selamatkan nyawa sendiri, kucing tu gerak je walaupun takut.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.