
Telur separuh masak atau telur mata perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan risiko tercemar dengan bakteria Salmonella.
Jelas Public Health Malaysia dalam kenyataan di media sosial, ketika penyediaan menu berkenaan, kulit telur perlu dibasuh di bawah air mengalir untuk memastikan ia bebas najis sebelum dimasak.
"Telur ayam, terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
"Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
"Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
"Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan dihidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!" jelasnya dalam hantaran di Facebook.
Untuk info, bakteria Salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.

