Kumpulan didakwa sindiket penipuan pelaburan dibawa ke mahkamah

22 Feb 2023 • 2:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kumpulan yang dipercayai sindiket penipuan pelaburan didalangi warga UK tiba di Istana Kehakiman pada petang Rabu. - Foto Rizal Rozy

PUTRAJAYA - Kumpulan yang dipercayai sindiket penipuan pelaburan yang didalangi warga United Kingdom (UK) tiba di Istana Kehakiman pada jam 2.23 petang Rabu.

Kesemua mereka yang terdiri daripada lima warga Britain, Filipina (dua) dan Malaysia (tiga) diiringi oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan perintah reman.

Sinar Harian membongkarkan aktiviti jenayah tersebut selepas menyertai serbuan yang diketuai oleh Pengarah AMLA SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin.

Seramai 11 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut diberkas, manakala seramai 70 orang ditahan oleh pihak imigresen.

AKAN MENYUSUL