Kumpulan Penari Tarik Perhatian Netizen, Berbaju Melayu Depan Papan Tanda Hollywood

Entertainment
8 Jul 2023 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum sedia maklum, baju melayu adalah salah satu pakaian tradisional negara kita. Kita juga akan selalu nampak orang berpakaian tradisional ketika sambutan hari raya ataupun pada hari Jumaat. Tapi kalau nampak orang berbaju melayu diluar negara tu kita mesti akan pelik sikit kan.

Mungkin ini yang terjadi kepada sekumpulan penari yang mengenakan baju melayu dan beraksi dihadapan papan tanda ikonik Hollywood di Amerika Syarikat.

Namun, rata-rata netizen kagum dengan kelainan yang diketengahkan kumpulan penari ini. Iye lah, pakai baju melayu lepas tu menari pulak dekat Hollywood, unik kan. Korang tengok lah video @zeppoyoungsterz di bawah ni.

Juara dunia ni

Difahamkan kumpulan penari ini telah menyertai pertandingan World Body Rock di San Diego, Amerika Syarikat.

Yang menariknya, mereka telah dinobatkan sebagai juara pertandingan tersebut. Mungkin dikesempatan itulah mereka merakam aksi menari di hadapan papan tanda Hollywood sambil berbaju melayu.

image is not availableMin suka betul dengan tengok orang pakai baju melayu. Sedap je mata memandang. Ini pula dekat luar negara kan. Masih kekalkan tradisi kita.

image is not availableKann.. gerakan kumpulan ni pun nampak kemas. Kalau nak suruh min menari memang macam tunggul kayu lah.

image is not availableTak tahu apa reaction orang tempatan bila tengok kumpulan penari ni pakai baju melayu dan menari dekat sana. Mesti orang tempatan terpinga-pinga kan sebab baju melayu kita cantik-cantik warnanya.

image is not availableMungkin lepas ni kumpulan penari ni boleh cuba buat tarian zapin pulak ke. Tapi itu lah, mungkin bukan disipilin mereka untuk menari tarian tradisional di pentas dunia.

Apa-apa pun min ucapkan tahniah kepada The Zeppo Youngsterz yang telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan World Body Rock. Semoga terus maju!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.