Kemudahan melonjakkan rangkaian penempatan pekerja patuh ESG di Lembah Klang
CLQ terbesar dirancang di Klang, menawarkan sehingga 9,000 katil bagi keperluan majikan industri berdekatan.
Sebahagian daripada pengembangan lima tahun Q Centre adalah untuk menawarkan 50,000 katil patuh ESG, Akta 446 di seluruh negara.
Menyokong inisiatif Selangor untuk menempatkan kesemua pekerja asing di CLQ yang berdaftar, lestari dan berteknologi.
Kumpulan Q Centre (“Q Centre”), merupakan peneraju penyedia penempatan pekerja yang berkualiti tinggi dan patuh piawaian di Malaysia, telah mencapai detik penting pada hari ini melalui Majlis Pecah tanah Q Centre @ Teratai, dengan pembangunan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) terbaharunya dan Penginapan Pekerja Dibina Khas (PBWA) di Meru, Klang.
Majlis dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, dan turut dihadiri oleh Y.B. Tuan Mohd Kamri bin Kamarudin, Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK); Tuan Roslee Sabaruddin bin Abu, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor; serta Dato’ Simon David Leong, Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre; Dato Wira Joey Yan, Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre; Datuk Leo Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan Q Centre, dan Datuk Muhammad Albashir, Pengarah Perkhidmatan Korporat Kumpulan Q Centre.
Majlis tersebut merupakan salah satu detik penting dalam misi Q Centre untuk meningkatkan taraf kehidupan tenaga kerja di Malaysia melalui penyelesaian penempatan berasaskan kelestarian, terurus dan berteknologi.
Dato’ Simon David Leong, Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre berkata,
“Q Centre @ Teratai mendukung komitmen kami untuk meningkatkan taraf penempatan pekerja di Malaysia. Ia bukan sahaja sekadar bangunan penempatan - ia akan mewujudkan suasana kehidupan yang mampan, selamat dan berasaskan teknologi yang akan menaikkan kesejahteraan para pekerja sekaligus menyokong produkiviti industri. Kami berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model negara bagi penempatan pekerja yang patuh ESG.”
Tambah beliau, Q Centre @ Teratai, direka bagi menempat sehingga 9,000 katil, yang akan menjadi yang terbesar pernah dirancang di Klang. Kerja-kerja pembinaan — termasuk kerja-kerja tanah dan cerucuk — dijadualkan untuk bermula pada Januari 2026 dan dijangka akan selesai pada Disember 2027.

Baru-baru ini, Kumpulan Q Centre telah mengumumkan projek mercu tandanya iaitu Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) Pintar Berasaskan AI dengan kapasiti 8,000 katil di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) — CLQ pintar pertama Malaysia yang menggabungkan AI dalam pengurusan bangunan, mengoptimumkan tenaga dan sistem pengawasan digital. Di masa hadapan, semua pembangunan Q Centre akan mempunyai keupayaan teknologi kepintaran AI, sistem pengurusan teknologi, rekaan diiktiraf GreenRE, integrasi panel solar dan sistem tuaian hujan bagi memastikan ia sejajar dengan komitmen untuk ESG dan pengurangan karbon.
“Kami bercadang untuk menjalankan tugas kami dalam mengurangkan kesan karbon di Klang dan membina lebih banyak CLQ bagi menyokong perkembangan industri di Selangor,”kata Datuk Wira Yan, Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre. “Pembangunan kami direka bagi mematuhi piawaian ESG negara dan antarabangsa, agar pengeluar dan pengeksport di Selangor dapat memenuhi keperluan kelestarian global.”
Perkembangan Q Centre bergerak seiring dengan aspirasi Kerajaan Negeri Selangor untuk menempatkan kesemua pekerja asing CLQ yang berdaftar dan terurus, bermula di Klang dan Shah Alam. Inisiatif ini menyokong perancangan peringkat negeri dan industri eksport Malaysia, yang mana penempatan pekerja yang sempurna adalah faktor penting dalam pematuhan ESG di rangkaian pembekalan global.
Kumpulan Q Centre sedang melaksanakan pelan perkembangan lima tahun untuk menyediakan lebih 50,000 katil seluruh negara, mewujudkan sebuah rangkaian CLQ yang moden, patuh piawaian dan mampan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Setiap pembangunan akan merangkumi:
- Kemudahan komprehensif seperti kantin, kawasan rekreasi, dobi komersial, sambungan WIFI dan kemudahan beribadat.
- Keselamatan 24-jam, akses melalui pengecaman wajah, sistem CCTV dan zon kecemasan.
- Pengurusan kesihatan, keselamatan dan kebajikan yang selaras dengan peruntukan Akta 446 dan Piawaian Perikatan Perniagaan Bertanggungjawab (RBA).
Melalui inisiatif ini, Kumpulan Q Centre akan terus memacu transformasi Malaysia menuju ekosistem tenaga kerja yang lebih beretika, mampan dan efisien.
