Kunafa Adalah Makanan Sampah?
Tular perdebatan mengenai isu kunafa adalah makanan sampah. Masing-masing pertahankan pendirian tersendiri. Bunyinya kasar. Namun benarkah ia makanan sampah?
Sebenarnya, dari sudut pemakanan, memang susah nak pertahankan kunafa sebagai makanan yang “baik” untuk badan.
Kunafa biasanya gabungan tepung, mentega, keju, sirap gula dan topping manis. Ia bukan sekadar pencuci mulut. Ia satu pakej padat kalori, tinggi gula, tinggi lemak dan sangat mudah buat kita makan lebih daripada yang badan perlukan.
Isunya bukan pada kunafa sahaja.
Masalahnya ialah budaya kita sekarang yang semakin biasa meraikan makanan viral seolah-olah semua benda yang sedap mesti dicuba, semua benda yang tular mesti dibeli, semua benda yang manis mesti dijadikan “self reward”.
Sekali-sekala makan, tidak mengapa.
Tetapi kalau setiap minggu ada dessert viral baharu, setiap malam ada craving manis, setiap stres dibayar dengan makanan tinggi gula dan lemak, lama-lama badan kita yang menanggung hutangnya.
Gula darah naik. Berat badan bertambah. Lemak berkumpul. Nafsu makan jadi makin susah dikawal. Yang paling bahaya, kita mula rasa semua ini normal.
Bukan semua makanan viral perlu masuk mulut.
Ada makanan yang cukup sekadar tengok. Ada yang cukup sekadar rasa sikit. Ada yang kalau kita sayang badan sendiri, kita belajar untuk kata, “tak apalah, kali ini aku skip.”
Kunafa mungkin nampak cantik dalam kotak.
Tapi jangan sampai yang manis di lidah hari ini menjadi beban untuk pankreas, hati dan jantung kita kemudian.
Makan boleh.
Cuma jangan sampai makanan viral mengajar kita lupa pada badan sendiri.
#PublicHealthMalaysia
#KesihatanAwam
#KurangkanGula
#PemakananSihat
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
