Kunak peroleh 30 unit MyKiosk

LocalBusiness & Finance
19 Jan 2025 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Majlis Daerah Kunak (MDKNK) memperoleh sebanyak 30 unit MyKiosk, masing-masing dilengkapi panel solar.

Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nazri Pintal berkata, kemudahan yang diluluskan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di peringkat persekutuan itu memberi kemudahan dan manfaat melalui penyediaan MyKiosk kepada golongan peniaga kecil dengan kadar sewa rendah.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kemudahan tersebut merupakan inisiatif kerajaan Madani dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing, khususnya dalam meningkatkan keupayaan perniagaan mereka.

“Kunak memperoleh 30 unit MyKiosk, di mana 10 unit diperolehi pada 2023 menerusi Program MyKiosk KPKT.