Majlis daerah pasang pagar di Pasar Tamu Kunak elak anjing liar

9 Jan 2025 • 11:32 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ibrahim Tabir

KUNAK: Majlis Daerah Kunak (MDKNK) memasang pagar di sekeliling tapak Pasar Tamu mingguan, termasuk Pasar Fama, bagi mengelak haiwan seperti anjing liar memasuki kawasan berkenaan.

Pegawai Eksekutifnya Mohd Nazri Pintal berkata tindakan itu dibuat berikutan aduan awam mengenai kawanan anjing liar memasuki kawasan terbabit, terutama di bangunan Tamu Fama, di mana meja penjaja dan lantai bangunan dijadikan ‘tempat tidur’ selain najisnya bertaburan.

Advertisement“Pagar ini dipasang bagi mengelak haiwan terbiar memasuki premis itu. Difahamkan banyak anjing liar berkeliaran di kawasan Tamu dan kakitangan Majlis sukar untuk memantau kawasan itu setiap masa,” katanya.

Tambahnya, beberapa pintu masuk dan keluar disediakan untuk memudahkan pergerakan orang awam dan peniaga semasa Pasar Tamu yang beroperasi setiap Sabtu dan Ahad.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam perkembangan sama, Nazri berkata bangunan Pasar Fama yang dinaiktaraf di kawasan Tamu itu dalam penelitian untuk dioperasikan setiap hari.

Sejak projek pembangunan naiktaraf premis itu oleh Fama itu siap pada 2022, bangunan tersebut agak terbiar memandangkan ada penyewa atau peniaga yang tidak menggunakan masa perniagaan mereka sepenuhnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Antara sebabnya, mereka perlu menjalankan operasi jualan di tempat lain di kawasan ladang atau estet.

“Baru-baru ini Majlis telah mengadakan mesyuarat bersama sebuah koperasi belia di Kunak yang mahu supaya bangunan pasar Fama itu beroperasi setiap hari,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Naik taraf pasar Tamu Kunak oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (Fama) dibina di bawah Rancangan Malaysia (RMK-12) antara lain bagi membantu usahawan atau peniaga di setiap pasar Tamu untuk menjalankan aktiviti pemasaran produk agromakanan mereka.

“Kami juga berharap mana-mana peniaga yang mahu menjalankan operasi di bangunan Fama itu dapat manfaatkan peluang mereka,” katanya.