Kunjungan Universitas Andalas ke Media Selangor buka ruang perkongsian ilmu dan kepakaran

12 Nov 2026 • 12:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kunjungan Universitas Andalas ke Media Selangor buka ruang perkongsian ilmu dan kepakaran

SHAH ALAM, 12 NOV: Kunjungan akademik delegasi Universitas Andalas, Padang, Indonesia, ke Media Selangor Sdn Bhd semalam memperluas perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang komunikasi strategik serta pengurusan media.

Delegasi seramai 22 individu yang terdiri daripada 12 pensyarah dan 10 mahasiswa bidang komunikasi itu berpeluang mendalami operasi Media Selangor sebagai organisasi media, selain memahami amalan komunikasi korporat dan peranan komunikasi strategik dalam membina reputasi serta kepercayaan masyarakat.

Ketua Pengarang Media Selangor, Noor Azam Shairi menyambut baik kunjungan berkenaan yang merupakan lawatan akademik pertama daripada universiti luar negara ke syarikat media itu.

Image from: Kunjungan Universitas Andalas ke Media Selangor buka ruang perkongsian ilmu dan kepakaran
Ketua Pengarang Media Selangor, Noor Azam Shairi, ketika sesi soal jawab sempena lawatan akademik Universitas Andalas, Indonesia ke pejabat Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB), Shah Alam pada 11 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berharap kunjungan tersebut menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam perkongsian kepakaran, pembangunan bakat, latihan industri serta pertukaran ilmu dan pengalaman dalam bidang media dan komunikasi.

Sepanjang kunjungan itu, delegasi turut dibawa melawat studio Media Selangor sebelum mengikuti sesi perkongsian bertajuk “Peranan Komunikasi Strategik dalam Membina Kepercayaan dan Reputasi Organisasi” yang disampaikan Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian Media Selangor, Mahadi Mohd Mustafa.

Image from: Kunjungan Universitas Andalas ke Media Selangor buka ruang perkongsian ilmu dan kepakaran
Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian Media Selangor, Mahadi Mohd Mustafa, berucap ketika menyampaikan taklimat bertajuk “Peranan Komunikasi Strategik dalam Membina Kepercayaan dan Reputasi Organisasi” sempena lawatan akademik Universitas Andalas, Indonesia ke pejabat Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB), Shah Alam pada 11 November 2026.

Sesi berkenaan mengetengahkan kepentingan komunikasi berkesan, pengurusan hubungan dengan pemegang taruh, pembinaan reputasi korporat serta pendekatan menangani isu dan komunikasi krisis berdasarkan pengalaman industri.

Selain pendedahan kepada operasi media, kunjungan itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cabaran dan perkembangan semasa dalam bidang komunikasi serta industri media.

Image from: Kunjungan Universitas Andalas ke Media Selangor buka ruang perkongsian ilmu dan kepakaran
Delegasi Universitas Andalas, Indonesia dibawa melawat studio Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB) sempena lawatan akademik ke pejabat syarikat media itu di Shah Alam pada 11 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Media Selangor menyambut baik kunjungan akademik seumpama itu sebagai usaha memperluas jaringan dengan institusi pengajian tinggi, termasuk di peringkat antarabangsa, di samping menyokong pembangunan bakat dan profesionalisme dalam bidang komunikasi.

Image from: Kunjungan Universitas Andalas ke Media Selangor buka ruang perkongsian ilmu dan kepakaran
Delegasi Universitas Andalas, Indonesia diberi penerangan mengenai proses kerja dan operasi penerbitan berita di Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB) sempena lawatan akademik ke pejabat syarikat media itu di Shah Alam pada 11 November 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved