Kunjungi Lebih 50 Cawangan KFC, Lelaki Eropah Dedah Menu Ayam Malaysia Paling Menarik Di Dunia

Food
27 Sep 2022 • 6:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kunjungi Lebih 50 Cawangan KFC, Lelaki Eropah Dedah Menu Ayam Malaysia Paling Menarik Di Dunia

Seorang lelaki mengakui bahawa hidangan ayam Kentucky Fried Chicken (KFC) di Malaysia adalah yang paling menarik selepas mengunjungi lebih 50 cawangan restoran makanan segera itu di seluruh dunia.

Memetik laporan Daily Mail, Kamlesh Mistry, 37, yang berasal dari Watford, England mula jatuh cinta dengan rangkaian makanan segera itu sejak berusia 12 tahun.

Difahamkan, bapa kepada dua anak itu merupakan peminat tegar KFC dan telah menerima baucar makanan secara percuma selama setahun selepas mengunjungi cawangan KFC di 50 negara berbeza.

Kamlesh telah mengembara ke pelosok dunia bagi mencari hidangan KFC yang terbaik.

Dia yang merupakan pengarah teknikal telah mencuba hidangan ayam terkenal itu di lebih 50 negara berbeza termasuk Reykjavik di Iceland, Tallinn di Estonia dan Minsk di Belarus.

image is not available
Gambar: Daily Mail

“Setiap kali saya melancong ke negara lain bersama rakan dan keluarga, saya sentiasa mencari cawangan KFC untuk membandingkannya dengan menu di United Kingdom (UK).

“Setelah menikmati hidangan itu di lebih 50 negera berbeza. Saya telah dinobatkan sebagai KFC Super Fan tahun ini. Saya sangat gembira dengan gelaran yang diberikan oleh KFC,” katanya.

image is not available
Gambar: Daily Mail

Tambah Kamlesh, KFC di Kuala Lumpur mempunyai menu yang paling menarik kerana mempunyai banyak hidangan pedas yang disukainya.

“Kuala Lumpur mempunyai menu paling menarik. Saya suka makanan pedas dan mereka mempunyai banyak alternatif bagi hidangan pedas,” katanya.

Manakala dia turut berkata bahawa KFC di Reykjavik merupakan yang paling pelik yang pernah dikunjunginya.

image is not available
Gambar: Daily Mail

Terdahulu, KFC telah memberikan pengiktirafan kepada Kamlesh sebagai KFC Super Fan di dunia pada tahun 2020 dengan bekalan ayam percuma selama setahun.

Selepas mendapat pengiktirafan tersebut, dia menerima bekalan ayam selama setahun dalam bentuk baucar elektronik bernilai RM1,959 seperti kipas, gaun persalinan KFC, topeng muka dan t-shirt.

KFC atau dahulunya dikenali sebagai Kentucky Fried Chicken mempunyai lebih daripada 24,000 cawangan restoran di lebih 145 negara yang berbeza.

Sumber: Daily Mail