Kuota BUDI95 habis sampai terpaksa pinjam MyKad orang

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 8:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Walaupun data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, realitinya masih ada kelompok yang terhimpit. Gambar hiasan

BEBERAPA hari ini Merak Jalanan kerap termenung, simpati nasib seorang sahabat, seorang ibu tunggal yang cekal mencari rezeki melalui perniagaan kecil-kecilan menghantar barang.

Kehidupannya tidak pernah mudah. Setiap hari, dia perlu bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain demi memastikan setiap pesanan sampai tepat pada waktunya.

Namun, sejak kerajaan menyelaraskan kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April, beban hidupnya semakin terasa.

Langkah itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha memastikan subsidi bahan api lebih bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global.

Bagi Merak yang hanya bekerja di pejabat, penggunaan tidaklah tinggi. Malah, masih ada lebihan setiap bulan.

Tetapi tidak bagi sahabat Merak. Belum pun mencecah 20 hari bulan, dia sudah kehabisan kuota dan terpaksa meminjam MyKad Merak demi kelangsungan kerja.

Merak hanya mampu memandang dengan rasa simpati. Golongan B40 seperti sahabat Merak bukan memilih untuk menggunakan minyak berlebihan, sebaliknya tuntutan hidup memaksa mereka berbuat demikian.

Dalam keadaan harga barang yang terus meningkat, tekanan hidup menjadi semakin berat.

Setiap liter petrol amat bermakna, bukan sekadar untuk bergerak, tetapi untuk kelangsungan hidup harian.

Walaupun data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, realitinya masih ada kelompok yang terhimpit. Mereka mungkin tidak ramai, tetapi suara mereka wajar didengari.

Akhirnya, bukan Merak tidak mahu membantu, bukan juga tidak mahu meminjamkan MyKad. Namun Merak sedar hanyalah seekor unggas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved