Kuota Subsidi BUDI95 Dijangka Turun Kepada 200 Liter Sebulan Bermula April

LocalPolitics
26 Mar 2026 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia sedang menyemak semula pengagihan kuota subsidi petrol RON95 (BUDI95). daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan menurut laporan The Edge. Langkah ini dijangka akan diumumkan seawal minggu ini dan berkemungkinan dilaksanakan seawal bulan April.

image is not available

Sebab utama penyemakan kuota dilakukan adalah kerana lonjakan harga minyak global disebabkan oleh krisis Timur Tengah. Jika harga minyak mentah terus melepasi paras $110 setong, kerajaan perlu menanggung kos subsidi mencecah RM24 bilion. Penurunan kuota ini adalah langkah proaktif untuk mengawal perbelanjaan negara bagi jangka masa pendek.

Ketika berucap di Dewan Rakyat bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengatakan purata penggunaan Budi95 ialah sekitar 100 liter sebulan sejak ia dilaksanakan pada September lalu dengan 90% pengguna tidak menggunakan lebih daripada 200 liter sebulan.