Kupikupi FM rancang jadikan Borneo Matsuri acara tahunan

Music
28 Oct 2023 • 3:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

STESEN radio tempatan, Kupikupi FM bersedia untuk menjadikan Festival Muzik ACG (anime, komik dan permainan) Borneo Matsuri, yang menutup tirainya minggu lalu, sebagai salah satu program tahunannya.

Pengurus Besar Kupikupi FM, Lester Calvin Miol berkata stesen itu juga menimbangkan untuk meluaskan penganjuran festival terbabit ke negeri jiran, Sarawak.

“Biarpun kami belum mempunyai angka rasmi, tetapi berdasarkan respons orang ramai, pempamer dan ramai lagi, saya percaya kami berjaya menarik jumlah pengunjung lebih daripada sasaran awal kami, iaitu 8,000 orang.

“Selain itu, kami juga menerima lebih 100 penyertaan untuk pertandingan e-sukan Mobile Legends dan peragaan ‘cosplays’ yang menjadi antara program tarikan untuk festival ini.

“Apa yang lebih penting bagi kami ialah, festival dua hari ini berjaya mempamerkan aura positif daripada belia kita di Sabah.

“Kita boleh nampak sendiri keterujaan dan tenaga yang mereka curahkan untuk membuat persiapan bagi festival ini, khususnya daripada peserta ‘cosplay’ menerusi kreativiti mereka dalam menghasilkan kostum mereka,” katanya kepada Hiburan Ekspres.

Menurutnya lagi, Borneo Matsuri bukanlah satu-satunya platform yang disediakan stesen radio itu untuk komuniti ACG di negeri ini mengembangkan minat mereka. 'Apa yang lebih penting bagi kami ialah, festival dua hari ini berjaya mempamerkan aura positif daripada belia kita di Sabah' - Pengurus Besar Kupikupi FM Lester Calvin Miol

Malah, katanya, mereka turut mempunyai segmen radio yang dipanggil, ACG, yang didedikasikan untuk peminat-peminat sub-budaya itu.

ACG, adalah salah satu segmen yang dimasukkan dalam program Selamat Malam KK, yang disiarkan setiap jam 9 malam, kendalian Darel.

“Kupikupi FM sangat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada komuniti yang semakin berkembang ini. Malah, Kupikupi FM juga dalam perbincangan dengan penganjur bersama Borneo Matsuri, iaitu Projek Hikayat dan Hobbycon untuk melanjutkan kerjasama kami dalam memperkenalkan program-program lain untuk menyokong komuniti ACG di Sabah, khususnya dan Borneo, amnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Ai Nurul yang bertindak selaku ketua juri untuk pertandingan cosplay pada festival itu memuji kreativiti dan usaha peserta dalam menghidupkan watak ‘anime’ yang mereka minati dalam dunia nyata.

“Saya harap festival seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar ‘cosplayer’ di Sabah mempunyai lebih banyak platform untuk mereka meningkatkan lagi persembahan cosplay mereka,” katanya, yang dikenali sebagai pelopor ‘hijab cosplayer’ di Malaysia.

Menurut pempengaruh yang sudah 10 tahun menceburi bidang cosplay itu, aktiviti itu tidak boleh lagi dilihat sebagai hobi yang membuang masa.

“Cosplay boleh membantu seseorang khususnya belia meningkatkan kemahiran mereka dalam menjahit, membuat ‘props’ dan juga melukis. PENYANYI J-rock, Rina Hime berjaya memukau pengunjung Borneo Matsuri menerusi persembahannya.

PESERTA mempamerkan kostum mereka.

“Melalui cosplay juga, orang ramai akan belajar untuk menjadi kreatif dan bijak dalam mencari cara untuk menghidupkan watak kegemaran mereka,” katanya ketika dihubungi.

Borneo Matsuri, festival muzik ACG yang pertama di Borneo, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu itu bertujuan bagi meraikan budaya ACG Jepun yang impaknya dilihat semakin berkembang di seluruh dunia, termasuk rantau ini.

Selain peragaan cosplay dan pertandingan e-sukan Mobile Legends, Borneo Matsuri turut menampilkan tetamu jemputan yang terdiri daripada artis dan pempengaruh cosplay yang terkenal.

Barisan tetamu jemputan termasuk Rina Hime, Arddley Nicholas, Gretchene, Eu4nics, Ordin J, Tuni, Sundatang, Whooguan, Zen Oasis, Iccachu, Naomi Yuma, Nakoudays, Zorokit, Amelia Khor, Ai Nurul dan Pudds, serta Zeetingdraws, antara lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.