Kurang 100 Hari Dari Insiden Simbah Asid, Faisal Halim Kini Kembali Bermain Untuk Selangor FC

LocalFootball
10 Aug 2024 • 7:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bintang bola sepak juga pemain Selangor FC, Faisal Halim hari ini membuat kejutan setelah tampil bermain menentang Kelantan Darul Naim FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, petang tadi.

Beliau yang lebih mesra disapa sebagai Mickey memasuki padang dengan mengenakan topeng pada wajahnya pada minit ke-85 ketika Selangor sedang mendahului Kelantan 2-0 hasil jaringan Ronnie Fernandez.

Lebih mendebarkan, tandukkan beliau hampir memasuki gol pada minit ke-87.

Kemenangan 2-0 itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil terus menghambat pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ketika ini mengutip 22 mata.

image is not available
Tangkap layar yang memaparkan faisal halim turun padang dalam perlawanan kelantan darul naim fc dalam perlawanan liga super.

Difahamkan, hari ini merupakan hari ke-98 sejak beliau disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu sehingga badannya mengalami luka lecur tahap empat.

Menerusi laman Facebook Semuanya Bola, kemunculan Faisal Halim hari ini disambut dengan sorakan gamat daripada penonton.

“Dalam tempoh 98 hari tersebut, beliau mengalami pelbagai kecederaan, melalui pelbagai proses rehabilitasi untuk memastikan beliau benar-benar sembuh untuk kembali menabur bakti buat kelab dan negara.

Semangat dan kekuatan beliau sangat dicemburui,” katanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.