“Kurang Banyak..” – Pelakon Wanita Ini Dedah Makin Kurang Dapat Tawaran Lakonan Selepas Berkahwin

Entertainment
12 Mar 2024 • 10:31 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selepas berkahwin, pelakon wanita ini mendedahkan bahawa dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan.

Baru-baru ini, Kim Ha-neul yang kembali dengan drama barunya “Nothing Uncovered”, telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Shin Dong-yup bagi mempromosikan drama tersebut.

Dalam siaran itu, Shin Dong-yup bertanya,

Jika awak telah berkahwin, sedang membesarkan anak awak dan tiba-tiba kembali kerja, adakah orang di sekeliling awak ada tertanya sekiranya sesuatu berlaku kepada perniagaan suami awak?

image is not available

Respon wanita berusia 46 tahun itu,

Pada masa lalu, terlalu banyak produksi datang kepada saya sehingga saya nak berehat. Sekarang, bilangan karya untuk saya telah banyak berkurangan dan kini, saya rasa amat berharga bagi saya untuk menerima skrip.

Sambungnya lagi,

Saya berasa lebih berterima kasih kepada mereka dan kerja saya sangat berharga.

Ada la tu rezeki lain untuk Kim Ha-neul.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved