
SIPITANG: Pengunjung ke Taman Pantai Merintaman tidak senang hati dengan kekurangan kemudahan di tempat itu seperti tandas, bilik persalinan, air bersih dan pondok jualan.
Pantai itu terletak kira-kira 7km dari pekan Sipitang dan sama popular seperti Pantai Manis di Papar atau Pantai Sawangan di Kuala Penyu.
Pengunjung bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga dari Penampang, Beaufort, Tenom, dan Keningau, malah Lawas, Sarawak.



