SLDB labur RM62.7 juta untuk majukan ladang di Pantai Barat

28 Sep 2023 • 1:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) melabur kira-kira RM62.7 juta tahun ini untuk pembangunan ladangnya di Wilayah Pantai Barat, meliputi Keningau, Beaufort, Tenom, Kota Marudu, Tongod dan Nabawan.

Pengurus Besarnya Syaheddrul R Joddari berkata antara kerja-kerja pembangunan tanah yang dijalankan ialah Naik Taraf Jalan Ladang, Program Peningkatan Produktiviti Kelapa Sawit, Infrastruktur Ladang dan Jalan Utama, Jalan Kampung, Naik Taraf Jalan Kerikil Pertanian, Projek Pembangunan Kawasan (PPK), Ekonomi Kampung Bersepadu. Projek Pembangunan (Prospek) dan Program Perumahan Rakyat Miskin (PPRT).

Menurutnya, SLDB menyasarkan untuk membina sebanyak 747 unit rumah PPRT pada tahun ini (2023) yang merangkumi 330 unit pembinaan baharu dan 417 unit yang diubah suai.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 247 unit PPRT telah sedia diduduki oleh mereka yang layak.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Bagi daerah Nabawan dari 2021 hingga 2023, RM19.2 juta telah dilaburkan bagi tujuan pembangunan tanah luar bandar melibatkan peserta SLDB.

“Bagi PPRT di Nabawan, bagi tahun 2021 dan 2022 sebanyak 25 unit telah siap diduduki, manakala pada 2023 sasaran sebanyak 65 unit dengan jumlah perbelanjaan RM3.5 juta,” katanya di SLDB Wilayah Pantai Barat- Program Hari Muhibah Peneroka/Peserta peringkat - Nabawan 2023 di dewan serbaguna Majlis Daerah Nabawan di sini, Sabtu lepas.

Pengerusi SLDB Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang juga Adun Nabawan merasmikan program itu. Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton turut hadir.

Syaheddrul berkata selain minyak sawit, SLDB kini telah mula mempelbagaikan aktiviti pertanian bagi mempelbagaikan punca peningkatan ekonomi dalam kalangan penduduk luar bandar.

Menurutnya, antara tanaman jangka pendek yang dikenal pasti dan dimulakan ialah Nanas MD2 dan rumput Napier untuk lembu.

Katanya, tanaman jangka panjang itu melibatkan ladang Durian Musang King dan Kelapa Pandan. Kepelbagaian itu perlu bagi kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman kelapa sawit kerana keadaan geografinya.

Mengenai Program Hari Muhibbah, Syaheddrul berkata ia bertujuan memupuk hubungan yang harmoni dan mesra antara peneroka, peserta dan SLDB supaya kedua-dua pihak saling mengenali, memahami fungsi masing-masing dan menghargai peranan masing-masing dalam pembangunan dan kemajuan tanah. selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Program itu juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan dan sumbangan SLDB dalam pembangunan ekonomi dan sosial khususnya bagi penduduk luar bandar Sabah.

Ini dapat membantu masyarakat menyedari kepentingan memelihara dan memajukan sektor pertanian dan perladangan, “ tegasnya.

Antara aktiviti sepanjang program tersebut ialah pertandingan bola tampar, sukan tradisional, pertandingan memasak tradisional, peraduan fesyen Ratu Cilik, peraduan karaoke terbuka, permainan showcase-digital (e-sukan), serta pameran Jabatan Pertanian, Universiti Terbuka, Jabatan Veterinar, kolej vokasional, persatuan peladang, Giatmara, Mahkamah Tinggi Syariah, Tabung Haji, Perkeso dan lain-lain.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.