“Kurangkan Jangkitan COVID-19” – Individu Positif Perlu Pakai Pelitup Muka Ketika Mengundi

Politics
14 Nov 2022 • 2:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dalam kehangatan pilihan raya umum yang akan datang, semua individu yang dipilih perlu melunaskan tanggungjawab mereka sebagai pengundi termasuk juga individu yang positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pengundi yang positif perlu mengambil langkap SOP yang ketat agar tidak berlaku penularan wabak itu.

Kurangkan risiko COVID-19

image is not available

Dr Noor Hisham juga memberitahu beberapa saranan yang perlu diambil oleh pengundi yang positif termasuk tidak menaiki kenderaan awam, tidak singgah ke mana-mana tempat sebelum dan selepas mengundi serta mengamalkan prosedur SOP.

Menjelang hari pengundian bagi PRU-15, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil inisiatif untuk menasihatkan orang ramai supaya mengikuti beberapa saranan kesihatan. Ini bagi memastikan proses pengundian dapat berjalan dengan selamat terutamanya dari segi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. – Dr Noor Hisham

Tambahan juga, Dr Noor Hisham menggalak individu yang belum menerima dos penggalak vaksin mengambil dos tersebut bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media