“Kurangkan makan cili, nanti menggelupur” – Netizen Dakwa ‘Tweet’ Zul Ariffin Sindir Seseorang?

Entertainment
6 Oct 2022 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti individu lain, pelakon seperti Zul Ariffin juga mempunyai akaun Twitter dan boleh berkata apa sahaja untuk membuat sebarang perkongsian.

Bagaimanapun, netizen yang mengikut perkembangan isu semasa dunia hiburan ini seolah-olah dapat hidu sesuatu dengan tweet pelakon drama Perempuan Itu ini.

Kurangkan makan cili, nanti menggelupur

Dalam tweet itu, Zul Ariffin ada memberi pesanan kepada pengikutnya agar sentiasa jaga diri dan jaga permakanan, juga sentiasa banyakkan minum air.

Membaca tweet tersebut, ramai yang dapat rasakan bahawa Zul Ariffin sedang tujukan kepada seseorang dan mungkin ia dikaitkan dengan kontroversi yang terjadi kepadanya baru-baru ini.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk rekod, Zul Ariffin baru-baru ini telah didenda RM 30,000 berikutan dengan isu memuat naik kandungan video aksi ghairah beberapa bulan lepas.

Zul sebelum ini ada memberikan satu komen sinis dengan menyindir segelintir pihak yang dikatakan jadi ‘malaikat’ dan memberi pesanan agar tidak ikut kata segelintir orang jika disuruh muat naik video untuk tujuan promosi.

Terpanggil dengan dakwaan itu, Erma Fatima selaku penerbit bagi drama yang terpalit kontroversi itu memberi respon berkenaan dengan isu tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.