
Menteri Pendidikan kini berkongsi menyatakan kurikulum baharu akan dilaksanakan untuk para pelajar tahun Satu dan Tingkatan Satu bermula 2027, dengan memberikan fokus terhadap literasi serta etika penggunaan digital dan juga untuk penggunaan kecerdasan buatan janaan.
Dengan langkah ini, para pelajar akan lebih terdedah kepada kemahiran digital dan penggunaan AI secara bertanggungjawab dan selamat.
Dengan perkembangan digital, ia dilihat fokus terhadap keselamatan penggunaan perlu diberikan penekanan lebih awal, sekaligus memudahkan pengenal-pastian dan penggunaan platform secara lebih beretika, dan kekal selamat daripada pelbagai penipuan dan fitnah. Pada masa yang sama, kurikulum baharu juga akan memberikan penekanan dalam melatih manusia bertanyakan soalan yang berkualiti, dan tidak bergantung semata-mata pada penggunaan AI.





