Intel Mungkin Mengurangkan Pengeluaran Cip Pemprosesan Pengguna Untuk Menambah Pengeluaran Cip Pusat Data

Technology
2 Nov 2026 • 1:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel Mungkin Mengurangkan Pengeluaran Cip Pemprosesan Pengguna Untuk Menambah Pengeluaran Cip Pusat Data

Dalam pembentangan kewangan suku ketiga baru-baru mereka baru-baru ini, Intel, melalui CEO Lip-Bu Tan mengatakan bahawa untuk beberapa tahun akan datang, khususnya pada tahun 2027 kerana isu ketandusan bekalan memori dan storan.

Itu, dan permintaan untuk komponen CPU pusat data yang semakin meningkat kerana penggunaan teknologi kecerdasan buatan, khususnya sistem AI agentik telah menyebabkan syarikat tersebut membuat keputusan untuk berkemungkinan mengurangkan pengeluaran cip pemprosesan komputer riba terbaru mereka, Intel Panther Lake dan juga Intel Wildcat Lake.

Image from: Intel Mungkin Mengurangkan Pengeluaran Cip Pemprosesan Pengguna Untuk Menambah Pengeluaran Cip Pusat Data

Isu bekalan komponen RAM dan storan menyukarkan jenama-jenama komputer pengguna untuk menjual produk-produk mereka, tetapi dengan permintaan untuk cip pemprosesan pusat data seperti Intel Xeon yang semakin meningkat, keputusan untuk menggunakan proses pengeluaran cip semikonduktor 18A mereka untuk menghasilkan lebih banyak cip tersebut mungkin adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh sesiapa pun.

Ketua Pegawai Kewangan Intel, David Zinsner menjawab pertanyaan berkenaan pertukaran output pengilangan tersebut mengatakan bahawa ya, sejumlah kapasiti pengeluaran cip yang dihasilkan melalui proses Intel 18A akan digunakan untuk menghasilkan cip Intel Xeon “Clearwater Forest” terbaru mereka, mengorbankan sejumlah kapasiti pengeluaran untuk cip Intel Panther Lake dan Wildcat Lake.

Menurut beliau lagi, permintaan untuk cip pemprosesan lebih mampu milik Wildcat Lake adalah tinggi, dengan jualan komputer riba yang menggunakan cip pemprosesan tersebut dilihat tinggi, tetapi dengan komponen-komponen memori dan storan untuk komputer pengguna yang semakin sukar untuk didapati, ia dijangka bahawa pengeluaran untuk komputer-komputer riba ini juga akan terpaksa dikurangkan untuk memenuhi permintaan yang lebih menguntungkan.

Intel dijangka akan memperkenalkan siri cip pemprosesan desktop terbaru mereka, Intel Nova Lake pada awal tahun hadapan di acara CES 2027, tetapi bahagian Client Compute Group (CCG) juga menjangkakan bahawa permintaan untuk cip komputer berkuasa untuk tujuan gaming dan penggunaan persendirian akan berkurangan sebanyak 20 peratus pada tahun hadapan, dan mungkin akan berterusan sehingga 2030.

Ini, bersama dengan ura-ura yang mengatakan bahawa NVIDIA akan menghentikan pengeluaran kad grafik gaming NVIDIA GeForce RTX 5090 dan RTX 5080, dengan bekalan memori dan storan yang telahpun dikaut habis oleh pembangun infrastruktur pusat data nampaknya akan menyebabkan ia lebih sukar untuk pengguna membeli komputer baru dalam masa terdekat ini.

Sumber: PC Gamer

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved