Kursi negarawan Tun Dr Ismail dibentuk di UKM - PM Anwar

Politics
2 Aug 2023 • 6:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kursi negarawan Tun Dr Ismail dibentuk di UKM - PM Anwar

zulfadli

02/08/2023 - 18:00

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Kerajaan Perpaduan bersetuju membentuk Kursi Tun Dr Ismail Al-Haj di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bagi menghargai legasi kepimpinan dan cetusan pemikiran bekas timbalan perdana menteri itu yang bertunjangkan perpaduan dan integrasi kaum.

Katanya, usaha serta pengiktirafan ini adalah bagi memberi ruang kepada generasi muda dan penerus untuk menghargai sumbangan pahlawan bangsa dan negarawan ulung Tun Dr Ismail khususnya dalam aspek perpaduan dan penyatuan kaum.

image is not available
Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Semoga lebih banyak penyelidikan dapat diwacanakan dalam pelbagai bidang sosioekonomi, pentadbiran dan kenegaraan dengan adanya kursi ini," katanya dalam kenyataan media di sini. - DagangNews.com