Kurt Wesley, Zoe Clarke ungguli Piala Triatlon Asia

12 Nov 2023 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Peserta dari Australia, Kurt Wesley dan Zoe Clarke merangkul kejuaraan lelaki dan wanita pada Piala Triatlon Asia yang berlangsung di Pantai Tanjung Aru pada Sabtu.

Perlumbaan elit yang meliputi acara renang sejauh 750m, berbasikal 20km dan larian 5km menyaksikan saingan sengit dalam acara lelaki dan Kurt, 26, yang menduduki ranking ke-158 dunia, melepasi garisan penamat dalam masa 53 minit 02 saat untuk mengatasi rakan senegara Lachan Jones dengan hanya 0.04 saat, diikuti oleh seorang lagi peserta dari Australia, Yoann Colin yang ketinggalan 0.03 saat lagi di belakang.

Zoe Clarke, sementara itu, meraih kemenangan dengan catatan masa satu jam 0.45 saat, mengatasi Manami Iijima (1.01.31) dari Guam dan Chang Chi Wen dari Chinese Taipei (1.02.30).

Dalam acara super sprint, kejuaraan terbuka lelaki menjadi milik Wan Chak Lam diikuti Ryan Liaw Jian Quan dan Abd Sapar Abd Kasir yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Dayang Zanariah Abang Kashim yang merangkul kejuaraan wanita merupakan satu-satunya pesaing dalam kategori tersebut.

Tiga pemenang teratas super sprint dalam setiap kumpulan umur ialah Aitan Hilton Goldberg, Brendon Wong Kai Xuen, Chow Yu Chak (lelaki 15-16); Lai Ki Nicole Man, Wan Tung Wong, Petra Stamenivic (perempuan 15-16); Ho Chun Au, Ngai Chun Ting, Chak Yan Wan (lelaki 12-14); Sarah Elise Modiano, Hayley Tsang, Lok Tung Wong (perempuan 12-14).

Hanya kategori terbuka wanita diadakan dalam acara pecut dan kejuaraan menjadi milik Lui Shuk Han diikuti Ashley Uhen Tan Shuet Mei dan Wong Win Ner.

Dalam kategori kumpulan umur, tiga pemenang teratas ialah Mohd Azmir Abdullah Sani, Timotius Justin, Adam Lim (lelaki 18-19); Amir Hassan Zainal, Abdul Afiq Rafiuddin Haji, Khairul Amirul Mohd Adnani (lelaki 30-39); Muhd Syamsul Erry Abdullah, Mohd Fetry Habo, Hj Masrody Hj Asli (lelaki 40-49); Ahmadul Tahir, Jori Lagimin, Wong Chung Phin (lelaki 50 ke atas).

Acara berganti-ganti campuran dimenangi oleh pasukan Spencer Tsen Sheng Wei, tempat kedua dimenangi oleh pasukan Mohd Ikram Suhaimi dan di tempat ketiga ialah pasukan Noor Zakira Zulrimi, manakala hanya dua pasukan mengambil bahagian dalam acara berganti-ganti lelaki dengan pasukan Niatin Nujatin muncul pemenang diikuti oleh pasukan Baharudin Nordin.

Acara itu yang kembali selepas 23 tahun menyaksikan penyertaan dari 12 negara termasuk Malaysia, dengan 42 lelaki dan 21 wanita mengambil bahagian dalam acara elit manakala lebih 200 menyertai acara pecut dan super sprint.

Pengarah perlumbaan Auther J. Kimon berkata terdapat kemungkinan besar acara itu akan diadakan kembali berikutan maklum balas positif daripada para peserta.

“Triatlon di Sabah kurang popular kerana orang ramai tidak banyak berenang di sini, sebab itu kami turut mengadakan acara berganti-ganti campuran dan duathlon yang akan diadakan esok dengan jangkaan lebih 500 peserta.

“Bagaimanapun, kehadiran untuk acara ini hari ini sebenarnya melebihi jangkaan kami dan semua atlet yang mendekati saya selepas perlumbaan sangat gembira.

“Dengan kejayaan itu, saya boleh katakan kami ingin menganjurkan lagi pada masa hadapan dengan sokongan Persatuan Triathlon Malaysia,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta semua agensi atas sokongan mereka.

“Kami amat berbesar hati kerana mempunyai Kementerian sebagai tulang belakang kami sejak awal lagi dan juga semua agensi yang banyak membantu menjayakan acara ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada tahun hadapan,” tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article