
KOTA BELUD: Sektor koperasi berupaya untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, bahkan ia masih relevan kepada masyarakat dan telah memberi sumbangan yang signifikan terutamanya dalam membantu kerajaan menangani kos sara hidup.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, sehingga Disember 2022, kerajaan berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan penubuhan 16,315 koperasi yang dianggotai seramai 7 .05 juta orang.
Menurutnya, daripada bilangan itu, terdapat 230 koperasi sekolah yang aktif dengan sumbangan keseluruhan turnover sebanyak RM20.15 juta, dan jumlah tersebut dilihat mampu menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara.
“Kuskop sentiasa memastikan usaha-usaha berterusan perlu dilaksanakan secara strategik bagi memastikan sektor koperasi terus kompetitif dan kekal lestari. PIBG perlu menggalakkan pelajar sekolah agar lebih aktif dalam koperasi sekolah.

