
KOTA BELUD: Sebanyak 33 sekolah rendah dan menengah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian daerah ini menerima bantuan persekolahan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Difahamkan, bantuan persekolahan berjumlah RM180,000 itu disumbangkan oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
“Daripada jumlah berkenaan, setiap sekolah menengah menerima RM10,000 manakala setiap sekolah rendah menerima RM5,000 iaitu jumlah yang sama seperti bantuan awal persekolahan kita salurkan tahun lalu.
“Ini adalah kesinambungan tanggungjawab saya di kementerian dan sebagai wakil rakyat kawasan ini untuk terus memastikan pendidikan diberi perhatian sewajarnya selain memberi keutamaan kepada pembangunan keusahawanan dan koperasi.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Menurut beliau, selagi dirinya berada di kementerian, beliau akan memastikan YBR akan meneruskan bantuan seperti ini termasuklah bantuan lain untuk pelajar sekolah.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-Sekolah DUN Kadamaian dan Bantuan Van Koperasi Sempena Jubli Perak 25 Tahun Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tambulion di Dewan Stalion SMK Tambulion di sini, Isnin.
Ewon berkata, bagi menyelesaikan beberapa isu sekolah di kawasan Kota Belud khususnya di Kadamaian, beliau akan membawa Menteri Pendidikan untuk melawat beberapa buah sekolah di daerah itu.
“Saya akan membawa Menteri Pendidikan melawat sebuah sekolah menengah, sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah jenis kebangsan yang mewakili isu-isu sekolah di kawasan Kota Belud.
“Saya memilih SMK Narinang yang berhadapan dengan isu kesesakan pelajar dan memerlukan penyelesaian jangka masa panjang.
“Seterusnya, di SK Tamu Darat untuk kerja menaiktaraf bangunan sekolah dan memerlukan penyelesaian kementerian serta di SRA Rangalau pada hari yang sama.
“Perkara ini adalah penyelesaian dan komitmen saya untuk membawa perkhidmatan terbaik kepada rakyat kawasan ini (DUN Kadamaian) dan mudah-mudahan mampu membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih besar pada masa akan datang, sesuai dengan Pelan Pembangunan Kadamaian yang kita lancarkan untuk dijadikan sebagai panduan membangunkan Kadamaian,” katanya.
Selain itu katanya, beliau turut akan membawa Menteri Pelancongan Persekutuan dan Menteri Pertanian untuk mencari jalan penyelesaian isu berkaitan pelancongan dan pertanian seperti aspirasi rakyat Kadamaian dalam Pelan Pembangunan Kadamaian. Turut hadir, Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Philip Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rusli Jaafar; Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dan Pengetua SMK Tambulion Nasdin Pumpunga.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

