Kuskop sasar RM15 bilion untuk usahawan PMKS

LocalBusiness & Finance
15 Aug 2026 • 3:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuskop sasar RM15 bilion untuk usahawan PMKS

SEBERANG JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyasarkan sekurang-kurangnya RM15 bilion disalurkan kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), tahun ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, sehingga akhir Julai lalu, hampir RM9 bilion sudah disalurkan kepada hampir 250,000 usahawan di seluruh negara menerusi pelbagai inisiatif di bawah kementerian itu.

“Jumlah ini membuktikan usaha kerajaan memastikan akses kepada pembiayaan dan sokongan perniagaan terus sampai kepada golongan usahawan, khususnya mereka yang sedang berdepan cabaran untuk bertahan atau mahu mengembangkan perniagaan.

“Setakat bulan Julai, hujung bulan Julai kita telah berjaya menyalurkan hampir RM9 bilion kepada hampir 250,000 orang usahawan di seluruh negara,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Agenda Pembangunan Ekonomi Muslim (APEM) 3.0 di Seberang Jaya, di sini, hari ini.

Menurut Steven, Kuskop akan terus memudah cara golongan usahawan yang masih belum mendapat manfaat daripada inisiatif pembiayaan kerajaan, selain memastikan suntikan dana yang disalurkan dapat mengalir dalam rantaian pasaran.

“Kalau rantaian pasaran ini dah dapat sembilan bilion, ini hanya Kuskop. Belum kira kementerian-kementerian, belum kira kerajaan secara keseluruhan.

“Kalau ada pemegang taruh, ada syarikat dalam rantaian bekalan kita, kalau kita dapat sembilan bilion ini, maka sembilan bilion ini jadi aliran tunai yang akan mengalir dalam pasaran,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Kuskop sasar RM15 bilion untuk usahawan PMKS appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved