Kutip Bola Golf Dalam Tasik 3 Kali Seminggu, Pesara Tentera Laut Berjaya Raih RM8000 Sebulan

23 Dec 2024 • 12:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, seorang pesara tentera laut yang bernama Sumadi Ibrahim telah menarik perhatian ramai selepas dirinya menjana pendapatan lebih kurang RM8000 sebulan dengan hanya mencari bola golf yang tenggelam dalam tasik di sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

Kutip antara 500 hingga 600 biji bola golf seminggu

Difahamkan dari laporan Malay Mail, Sumadi sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia selama 22 tahun dan setelah bersara, dia menggunakan kepakarannya untuk menyelam serta memungut bola golf yang tenggelam di dalam tasik.

image is not available

Selepas memungut bola-bola tersebut, lelaki berusia 51 tahun itu akan menjual semula bola-bola berkenaan kepada pemain golf yang kehilangan bola itu untuk bermain.

Sumadi menceritakan dirinya boleh mengumpul antara 500 hingga 600 bola golf dan akan mencari selama tiga kali seminggu pada waktu malam dengan hanya bersumberkan cahaya bulan.

Cabaran sewaktu menyelam cari bola golf

Biarpun ‘tugasnya’ itu tidak susah jika hendak dibandingkan dengan kerja sebelum ini, Sumadi berkata dia tetap mengalami kesukaran kerana air tasik lazimnya gelap, jadi kadang-kala dia akan terpijak serpihan cengkerang siput atau duri sawit.

image is not available

image is not available

image is not available

Kerana bimbang jika berlaku kekejangan pada kaki, Sumadi mengumpah seorang pembantu untuk berjaga-jaga dan bantunya jika ada berlaku kecederaan ketika menyelam mencari biji bola golf.

image is not available 7 hours ago

Kisah Jawab 'Exam Online' Atas Pokok Pernah Tular, Gadis Dari Sabah Ini Kini Bergelar Pelajar Perubatan