ZUS Coffee Menerima Suntikan Dana Berjumlah RM250 Juta

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 1:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

ZUS Coffee, salah satu rangkaian kedai kopi yang turut mengintegrasikan teknologi dalam operasinya, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana berjumlah RM250 juta daripada beberapa pihak, termasuk KWAP dan juga Kapal Api Group. Suntikan dana ini dijangka akan digunakan dalam terus memperluaskan penawaran mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dirantau Asia Tenggara ini.

ZUS Coffee pada hari ini mempunyai sekitar 600 kedai di Malaysia, dan turut telah membuka sekitar 50 kedai di Filipina. Selain kedua-dua pasaran ini, ZUS turut sedang melihat untuk memperkenalkan penawaran mereka di Singapura dan Brunei dalam tahun ini.

Bergerak kehadapan, ZUS turut menyasarkan untuk membuka di lebih negara baharu pada 2025 kelak. ZUS Coffee sebelum ini sedia menawarkan aplikasi mudah-alih yang mesra pengguna dalam menarik ramai menggunakannya dan setia dengan penawaran kopi berkenaan. Malah, baru-baru ini juga ZUS pernah bereksperimen dengan kaedah bayaran menggunakan imbasan wajah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved