KWAP optimis potensi peningkatan Bursa Malaysia dalam jangka sederhana - CEO

Business & Finance
31 Jul 2024 • 4:52 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KWAP optimis potensi peningkatan Bursa Malaysia dalam jangka sederhana - CEO

herman

31/07/2024 - 16:52

KUALA LUMPUR 31 Julai - Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), yang melabur kira-kira 47% dalam ekuiti awam, optimis terhadap unjuran Bursa Malaysia tahun ini, dipacu oleh peningkatan pertumbuhan pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata, pasaran ekuiti mendatar sepanjang sedekad dan potensi pertumbuhan pendapatan kini bertambah baik.

"Kami melihat banyak aktiviti yang sedang berlaku, bukan sahaja dalam ekuiti awam tetapi juga ekuiti persendirian yang akan merangsang pasaran untuk terus berkembang.

"Saya fikir pasaran akan meningkat lebih tinggi berbanding apa yang kami alami pada masa lalu tetapi sudah tentu, ia tidak akan datang tanpa penyatuan di antara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, saya fikir kita berada di trajektori yang betul dari segi pergerakan menaik secara keseluruhan, jika anda melihat perspektif jangka sederhana," katanya ketika mengumukan keputusan kewangan FY23 KWAP hari ini.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin menambah, terdapat minat yang kuat dalam pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) tahun ini.

Beliau berkata bahawa pasaran ekuiti bermula pada asas yang lebih rendah dan mula meningkat.

"Oleh itu, kami sangat positif dengan pasaran ekuiti domestik dan oleh itu, kami cukup berani untuk melakukan lebih banyak," katanya seperti dilaporkan.- DagangNews.com