KWSP lantik bekas Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi, berkuat kuasa 1 Sept 2024

LocalBusiness & Finance
26 Aug 2024 • 12:30 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melantik Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi baharunya, berkuat kuasa 1 Sept 2024.

Mohd Zuki, sebelum ini Ketua Setiausaha Negara ke-15, akan mengambil alih daripada Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2020, menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.

“Lembaga Pengarah KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Badri atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan besar beliau. 

“Pada masa yang sama, Lembaga Pengarah ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan hala tuju strategik beliau akan terus memacu KWSP kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya. - 26 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved