Mohd Zuki Ali Dilantik Pengerusi Baharu KWSP, Berkuat Kuasa Mulai 1 September

LocalBusiness & Finance
26 Aug 2024 • 1:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mohd Zuki Ali Dilantik Pengerusi Baharu KWSP, Berkuat Kuasa Mulai 1 September

Tan Sri Mohd Zuki Ali telah dilantik sebagai pengerusi baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berkuat kuasa mulai 1 September 2024.

Sebelum ini, Mohd Zuki pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara yang ke-15.

Kini, beliau akan menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang telah memegang jawatan tersebut sejak 1 Mei 2020, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP hari ini.

“Lembaga Pengarah KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Ahmad Badri atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan besar beliau.

“Pada masa yang sama, Lembaga Pengarah ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan hala tuju strategik.

Beliau akan terus memacu KWSP agar terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang kepada tahap yang lebih tinggi,” tambah kenyataan tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, KWSP turut menjelaskan bahawa pihaknya akan terus memainkan peranan penting menjaga kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli-ahlinya untuk membina masa depan persaraan yang lebih baik.

Sumber: Hadi Azmi via X