Kylian Mbappe bantu PSG ke final Piala Perancis

4 Apr 2024 • 11:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mbappe meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan separuh akhir Piala Perancis antara PSG dan Rennais di Stadium Parc des Princes di Paris. Foto AFP

GOL tunggal Kylian Mbappe membawa Paris Saint-Germain ke final Piala Perancis selepas menewaskan Rennes 1-0 pada Rabu.

Penyerang berusia 25 tahun itu turut terlepas peluang menambah jaringan selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Steve Mandanda dalam aksi separuh akhir di Parc des Princes, lapor PA Media.

Jaringan Mbappe memastikan PSG bakal berdepan Lyon dalam aksi final pada 25 Mei di Stade Pierre-Mauroy dan peluang untuk memenangi piala itu buat kali pertama sejak 2021. - Bernama-PA

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved