KYM berhasrat kurangkan modal saham RM97 juta, hapuskan kerugian terkumpul

Business & Finance
20 Jul 2026 • 5:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KYM berhasrat kurangkan modal saham RM97 juta, hapuskan kerugian terkumpul Image from: KYM berhasrat kurangkan modal saham RM97 juta, hapuskan kerugian terkumpul amree20/07/2026 - 17:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 JulaiKYM Holdings Berhad merancang pengurangan modal saham terbitannya sebanyak RM97 juta bagi menghapuskan kerugian terkumpul serta mengukuhkan kedudukan kewangan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpuan itu turut memohon mandat untuk membeli semula 10% saham syarikat, menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang akan diadakan pada 19 Ogos 2026.

 

Syarikat berkata, pengurangan modal itu akan dibentang sebagai resolusi khas dan tertakluk kepada kelulusan pemegang saham, pengesahan Mahkamah Tinggi serta kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

 

"Langkah pengurangan modal tersebut akan dilaksanakan melalui pembatalan modal saham terbitan yang berjumlah RM97 juta mengikut peruntukan Seksyen 116 di Bawah Akta Syarikat 2016," jelas KYM.

 

Kredit yang terhasil daripada pembatalan tersebut akan digunakan terlebih dahulu untuk menghapuskan kerugian terkumpul, manakala baki selebihnya akan dikreditkan ke dalam akaun pendapatan tertahan.

 

Selain itu, kumpulan berkenaan pada EGM itu turut mencadangkan mendapatkan mandat baharu bagi usaha melaksanakan pembelian balik saham sehingga 10% daripada jumlah saham biasa terbitan syarikat.

 

KYM_DagangNews2026

 

Cadangan ini ujar KYM, hanya berkuat kuasa selepas cadangan pengurangan modal selesai dilaksanakan, tertakluk pematuhan Akta Syarikat 2016 serta Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

"Jumlah dana digunakan bagi pembelian balik saham tidak melebihi jumlah keuntungan tertahan, dan saham yang dibeli boleh dibatalkan, disimpan atau diuruskan mengikut kaedah dibenarkan," katanya.

 

Mandat itu, jika diluluskan, akan kekal berkuat kuasa sehingga Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang berikutnya, atau sehingga tamat tempoh ditetapkan undang-undang, atau dibatalkan pemegang saham.

 

EGM KYM dijadual berlangsung pada 19 Ogos 2026, di KYM Tower, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor manakala tarikh kelayakan pemegang saham untuk mengundi ditetapkan pada 11 Ogos 2026.

 

Lembaga pengarah diberi kuasa melaksanakan semua tindakan perlu bagi merealisasikan dua cadangan tersebut, termasuk mematuhi sebarang syarat, pindaan atau keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa.

 

"Tindakan tersebut demi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar serta memberi manfaat terbaik kepada syarikat dan para pemegang saham sendiri," kata kumpulan berkenaan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved