PUC dapat kelulusan pemegang saham pada EGM laksana pengurangan RM350 juta modal syarikat

Business & Finance
15 Jul 2026 • 4:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PUC dapat kelulusan pemegang saham pada EGM laksana pengurangan RM350 juta modal syarikat Image from: PUC dapat kelulusan pemegang saham pada EGM laksana pengurangan RM350 juta modal syarikat amree15/07/2026 - 16:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Julai — Pemegang saham PUC Berhad meluluskan cadangan pengurangan modal RM350 juta, dan membuka laluan kepada pelaksanaan penyusunan semula kedudukan kewangannya.

 

Keputusan tersebut selepas mendapat sokongan hampir sebulat suara pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang berlangsung di Kelab Golf Negara Subang, Petaling Jaya, Selangor pada 14 Julai 2026.

 

Menurut makluman kumpulan itu kepada Bursa Malaysia, resolusi khas yang dibentangkan dalam Notis EGM bertarikh 11 Jun 2026 diluluskan oleh majoriti 36 pemegang saham menerusi proses pengundian.

 

"Cadangan itu menerima sokongan amat kukuh apabila kumpulan tersebut mewakili 756.66 juta saham, atau 99.9879% daripada jumlah undian, mengundi menyokong usul tunggal berkenaan," jelas PUC.

 

Hanya 19 pemegang saham mewakili 91,363 saham atau 0.0121%, mengundi menolak resolusi itu, sekali gus mencerminkan tahap persetujuan tinggi terhadap usaha pelan pengurangan modal syarikat tersebut.

 

PUC_DagangNews2026

 

Keputusan undian berkenaan disahkan firma Sharepolls Sdn Bhd, yang bertindak selaku pemeriksa bebas bagi memastikan proses pengundian dilaksanakan secara telus dan mematuhi keperluan tadbir urus.

 

Kelulusan EGM itu merupakan antara prasyarat penting bagi membolehkan PUC meneruskan pelaksanaan pengurangan modal mengikut peruntukan undang-undang serta kelulusan berkaitan yang diperlukan.

 

"Secara am, pengurangan modal dilakukan bagi menghapuskan kerugian terkumpul, memperkukuh struktur modal atau mewujudkan kedudukan kewangan fleksibel yang menyokong perancangan korporat," katanya.

 

Bagaimanapun, pelaksanaan cadangan tersebut masih tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat lain yang berkaitan sebelum ia dapat dikuatkuasakan sepenuhnya mengikut peruntukan yang berkenaan.

 

PUC memaklumkan penerimaan resolusi khas cadangan pengurangan modal pada EGM, menandakan langkah penting dalam usaha syarikat memperkemaskan struktur modal. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved