KYT x TCP Red Bull Malaysia: Kolaborasi Edisi Terhad Raikan Semangat Permotoran Di Sepang

27 Oct 2025 • 4:55 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

SEPANG, 24 OKTOBER 2025 – Ketika deruman enjin kembali memecah keheningan di Litar Antarabangsa Sepang sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025, TCP Red Bull Malaysia (Red Bull), jenama minuman tenaga terkemuka negara, terus memperkukuh kedudukannya dalam dunia sukan permotoran menerusi kerjasama eksklusif bersama KYT, jenama topi keledar motosikal terkemuka.

Red Bull telah lama menjadi nadi kepada sukan permotoran yang menyokong bakat akar umbi dan menyemarakkan semangat peminat dengan kehadiran penuh tenaga. Lebih daripada sekadar minuman, Red Bull melambangkan budaya semangat, ketabahan dan keberanian menolak had kemampuan. Kerjasama dengan KYT ini merupakan lanjutan semangat tersebut, dicipta khas sebagai penghormatan kepada peminat yang berkongsi nilai sama dan terus memberi inspirasi kepada komuniti pemotoran tempatan.

Menurut Adelene Tay, Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia,

“Hubungan kami dengan sukan permotoran berakar daripada semangat dan tenaga peminat. Kerjasama dengan KYT memberi kami peluang baharu untuk berhubung dengan komuniti yang kami kagumi. Ia adalah tentang meraikan gaya dan semangat – memberi peluang kepada peminat untuk mengekspresikan kecintaan mereka terhadap jenama Red Bull dalam kehidupan seharian.”

Doc Dol, Pengarah MKA Group, turut menambah,

“Kerjasama ini amat istimewa buat peminat sukan permotoran Malaysia. Ia mencerminkan semangat kelajuan, tenaga dan minat mendalam yang dikongsi oleh KYT dan Red Bull. Kami berbangga memperkenalkan koleksi eksklusif ini kepada penunggang dan peminat tempatan, dan berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kolaborasi menarik pada masa hadapan.”

“Kami tidak sabar untuk membina kejayaan ini dengan lebih banyak kerjasama yang mampu memberi inspirasi kepada komuniti penunggang di seluruh negara,” tambahnya lagi.

Kerjasama ini diperkenalkan menerusi dua edisi topi keledar edisi terhad iaitu TT-REVO (Full Face) dan TTR-Jet (Open Face). Koleksi ini menampilkan gaya hidup sukan permotoran dan menjadi item koleksi istimewa bagi peminat yang hidup dengan semangat perlumbaan.

Peminat yang hadir ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang akan menjadi yang pertama melihat dan mendapatkan topi keledar eksklusif ini. Selepas acara tersebut, ia akan dijual melalui pengedar sah KYT di seluruh negara, sementara stok masih ada.

Sebagai pengedar eksklusif topi keledar KYT di Malaysia, MKA Group terus membawa visi jenama tersebut dengan menggabungkan inovasi, rekaan berkualiti tinggi, dan semangat sukan permotoran memastikan penunggang serta peminat tempatan mendapat akses kepada produk terbaik dan menginspirasikan.

Setiap pembelian selepas acara turut disertakan dengan produk TCP Red Bull secara percuma, menjadikan pengalaman peminat lebih istimewa.

TCP Red Bull terus meraikan peminat sebagai nadi sebenar dunia sukan permotoran menyemarakkan semangat komuniti di mana sahaja.

Go Original, Go Red Bull.

The post KYT x TCP Red Bull Malaysia: Kolaborasi Edisi Terhad Raikan Semangat Permotoran Di Sepang appeared first on TW Media.